Monday, December 14, 2009

Anugerah Allah Yang Amat Dinantikan....

Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai...Setelah mendirikan rumahtangga tentunya impian suami dan isteri adalah untuk memperolehi cahaya mata....Ia merupakan rezeki yang tidak dapat diucap dengan kata-kata...Kehadirannya sangat dinantikan...

Begitulah harapan saya sebagai isteri untuk memperolehi cahaya mata & penyambung zuriat buat suami tercinta. Setelah tamat dalam pelajaran & mendapat apa yang diimpikan dalam kerjaya fokus utama saya adalah untuk mendapatkan cahaya mata..

Setelah tamat dalam Kursus Perguruan, saya dikhabarkan dengan berita gembira bahawa saya mengandung..Syukur alhamdulillah...Tetapi Allah menguji kesabaran saya & suami bahawa kandungan saya tidak dapat diselamatkan...Saya redha...Allah menguji kesabaran saya sebagai hambaNya yang lemah...

Setelah pulih kembali normal, saya tidak berputus asa untuk memperolehi cahaya mata...Segala maklumat mengenai kehamilan ingin saya kumpulkan di laman web ini untuk menambahkan maklumat & sebagai persediaan untuk hamil lagi...

Moga usaha ini mendapat keberkatan Allah...

Ya Allah,Engkau Tuhanku Yang Maha Berkuasa,Maha Pemurah...Kurniakan rezeki kepadaku..Engkau mudahkan Ya Allah......

2 comments:

  1. salam mydear sis.. insyaAllah i doakan mg Allah mudahkan urusan n usaha u nk pregnant lg..,same2 berdoa ye..insyaAllah, biizdnihi , setiap usaha hambaNYA akn Allah bls setimpalnya..

    ReplyDelete