Tuesday, December 15, 2009

Merancang anak sihat, pintar & berakhlak mulia




Sources from : www.hamidarshat.com

Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak di dalam rahim, (bukan di luar rahim yakni ectopic pregnancy! Ia amat merbahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa seperti hamil anggur ( Molar pregnancy – juga merbahaya! di mana janin tidak terbentuk dan digantikan gugusan daging dan darah berbentuk anggur).

Kesemua ini boleh dielakkan jika anda segera berjumpa doktor apabila tlerambat datang haid yakni dua minggu lewat.

fetus dalam rahim



Tiga bulan pertama sangat penting !

Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari 'nutfah' (air mani) kepada 'alaqah', seterusnya menjadi 'mugdah', akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound se-awal 6 minggu kandungan.



Cegah keguguran !

Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.


fetus yang gugur

Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medikal atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarung kondom pada tiga bulan pertama kandungan.
Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandungan.


Cegah Kecacatan bayi !

Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir kandungan.

Tentukan yang anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.

Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun.

Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat ‘ genetic counselling’. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang: ‘Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa’. ‘Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.Mengikut orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.

Dipercayai roh ditiupkan ke dalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandungan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasai oleh ibunya.


Anak pintar.

Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil, sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan ini memang dirancang serta dinantikan. Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh. Dikatakan anak terbentuk sewaktu ini jadi anda secara tidak langsung membentuk peribadi dan perwatakan anak melalui cara anda bertindak, berfikir dan mengawal emosi.

Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu
makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon.Â

Rangsangan

1. Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar.

2. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.

3.Sentuhan adalah rangsangan yang amat kuat dan menimbulkan mother and child bonding yang kuat dari kecil. IA akan meningkatkan IQ anak dan perasaan self esteem atau jati-diri.Memilih tarikh lahir bayi
Setengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini mungkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.
Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.

Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segalanya.

Supplemen Terbaik Sebelum Hamil



Anda tentu telah mendengar tentang pentingnya asid folik. Asid folik sangat penting kerana telah terbukti asid folik ini boleh mengurangkan risiko kejadian tiub saraf cacat yang boleh mengganggu fungsi saraf bayi. Jika ini berlaku, bayi akan terdedah kepada jangkitan kuman kepada otak. Malah boleh menyebabkan kedua dua belah kaki bayi tidak dapat digunakan selain boleh juga menyebabkan gangguan kepada kawalan pembuangan air kencing dan air besar.
Kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan bayi lahir tanpa tempurung kepala dan boleh meninggal beberapa jam selepas dilahirkan. Untuk pengetahuan anda, keadaan ini boleh dikesan awal dengan ujian Ultrasound.

Justeru sebaik sahaja anda mengandung, anda harus mengambil asid folik. Asid folik ini banyak di dalam sayuran hijau. Selain itu ada disertakan bersama formula susu untuk ibu mengandung.

Jika anda telah mengambil rumusan istimewa Salindah hasil formula Prof. Dr. Azizan, maka anda tidak perlu risau lagi dengan bekalan asid folik ini kerana telah ada disediakan di dalam rumusan Salindah. Secara ringkas Salindah ialah "Satu Rumusan Lengkap Rencana Pemakanan dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Selesai Pantang."

Selepas ini saya akan cuba sentuh beberapa perkara lain, selain asid folik, sebagai pelengkap kepada "pemakanan ibu mengandung" anda;-)

Sehingga itu, salam ceria selalu.

Wanita & Kesuburan

Wanita Dan Kesuburan
Ditulis oleh Miey Ahmad
Khamis, 01 Jun 2006

Wanita dan Kesuburan

Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita?
Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?

Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Faktor penting berlakunya proses kehamilan :

1. Waktu subur yakni wanita mengeluarkan ovum atau benih supaya dapat dipersenyawakan oleh benih lelaki iaitu sperma.
2. Suami mempunyai sprema yang cukup dan sihat untuk proses persenyawaan.
3. Saluran fallopio isteri mestilah berfungsi dengan baik atau tidak tersumbat.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.



Apakah Petunjuk Waktu Subur Wanita?

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan ovum atau benihnya (proses ovulasi). Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

1. Pusingan haid (menstruasi):

Kitaran haid seseorang wanita adalah satu fenomena yang kompleks. Kitaran haid ini berbeza untuk setiap wanita. Ia boleh berubah dengan bertambahnya umur. Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur.

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Dalam proses tersebut setiap wanita akan melalui satu lagi proses atau fasa iaitu proses ovulasi (fasa luteum) iaitu proses pengeluaran telur dari follikel yang telah matang), follikel akan membentuk corpus luteum. Corpus luteum inilah yang mengeluarkan hormon progesterone. Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga 12 - 13 hari kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya tidak mengandung, corpus luteum akan berhenti membuat progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari atau dua selepas itu.

Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari. Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan suhu badan (Basal Body Tempreture atau BBT):

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

3. Pemeriksaan bendalir pada pangkal rahim:

Semasa subur, bendalir serviks menyerupai putih telur yang mentah akan dihasilkan (jernih atau tanpa warna). Ia dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Setelah ovulasi selesa, bendalir serviks ini menjadi semakin pekat, kental, berwarna keputihan dan kuantitinya semakin berkurangan. Jadi kita boleh memeriksa bendalir serviks ini yang biasanya melekat pada seluar dalam atau kawasan faraj kita.

4. Pemeriksaan posisi pangkal rahim:

Kita boleh menyentuh serviks sendiri dengan memasukkan satu jari secara perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu kita subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut.
Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:



1. Ujian Darah:
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

2. Ujian D & C:
Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

3. Pemeriksaan Fizikal:
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:
* Buah dada
* Kilang tiroid pada leher
* Sistem peranakan
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.
4. Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.
5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

Semoga tulisan bulan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda berhubung dengan anda dan kesuburan.
6.

Pemeriksaan menggunakan alat Clear Plan:

Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap hormon LH di dalam air kencing . Hormon LH dari kalenjar pituitary akan meningkat naik sekali dalam sebulan pada tubuh wanita yang subur. Hormon LH ini akan bertindak ke atas ovari seolah-olah memberitahu ovari bahawa masa ovulasi telah tiba. Kaedah ini hanya digunakan dengan nasihat dan khidmat doktor

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya.

Monday, December 14, 2009

Anugerah Allah Yang Amat Dinantikan....

Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai...Setelah mendirikan rumahtangga tentunya impian suami dan isteri adalah untuk memperolehi cahaya mata....Ia merupakan rezeki yang tidak dapat diucap dengan kata-kata...Kehadirannya sangat dinantikan...

Begitulah harapan saya sebagai isteri untuk memperolehi cahaya mata & penyambung zuriat buat suami tercinta. Setelah tamat dalam pelajaran & mendapat apa yang diimpikan dalam kerjaya fokus utama saya adalah untuk mendapatkan cahaya mata..

Setelah tamat dalam Kursus Perguruan, saya dikhabarkan dengan berita gembira bahawa saya mengandung..Syukur alhamdulillah...Tetapi Allah menguji kesabaran saya & suami bahawa kandungan saya tidak dapat diselamatkan...Saya redha...Allah menguji kesabaran saya sebagai hambaNya yang lemah...

Setelah pulih kembali normal, saya tidak berputus asa untuk memperolehi cahaya mata...Segala maklumat mengenai kehamilan ingin saya kumpulkan di laman web ini untuk menambahkan maklumat & sebagai persediaan untuk hamil lagi...

Moga usaha ini mendapat keberkatan Allah...

Ya Allah,Engkau Tuhanku Yang Maha Berkuasa,Maha Pemurah...Kurniakan rezeki kepadaku..Engkau mudahkan Ya Allah......